Assalammualaikum wbt..
Selamat
tghhari bg yang membaca blog aku ni...hari 28 Feb 2013..aku telah
memulakan penulisan blog yg pertama..dan hari ini dalam sejarah aku ada
blog..pe yang aku nak cite di hari pertama dalam penulisan blog ni
ye..hurmhhh..tak tau nak mula dari mana..
Apa
kata kalau aku ceritakan serba sedikit tentang diri aku n keluarga
aku..bg sesiapa yang berminat untuk membaca silah membaca ye..aku tak
kisah..
Nama
aku Siti Zaleha Binti Hassan..di lahirkan di hospital Muar pada 17 Ogos
1986..sekarang usia aku dah nak masuk 27 tahun..mak aku bernama Yah
Binti Harun..Abah aku bernama Hassan Bin Mohd..
Tetapi kedua ibu bapa aku telah pon pergi mengadap penciptanya pada tahun 1999...
Di
ketika itu usia aku baru masuk 13 tahun..mak aku pergi dahulu pada
12.1.1999..aku igt lagi ketika itu umat islam dalam suasana happy untuk
menyambut kedatangan bulan Syawal..aku pula bersedih kerana baru sahaja
kehilangan org yg paling aku sayang MAK...di ketika itu jugaklah abah
aku sakit..sakit terlantar di rumah dan dia tidak tahu emak dah tak de
sebab abah tak kenal sesiapa..abah aku diserang penyakit angin ahmar
ketika aku di usia 10 tahun..dan penyakitnya menyerang kembali selapas 2
tahun..ketika itu dia langsung tak boleh bercakap n bergerak..dia hanya
mengesot sje jika hendak ke ruang tamu..
Dan
di ketika itu semua kawan2 aku sedang seronok untuk kembali ke sekolah
kerana kami akn ke tingkatan satu..tp aku??aku tak tau aku akn
bersekolah atau tidak kerana emak dan abah aku sakit..yang mana aku
hendak jaga??dan ketika itulah aku mengambil keputusan untuk tak ke
sekolah lagi..sebab aku pikir siapa akn jaga mak n abah aku??dan siapa
yg akan menanggung perbelanjaan aki ke sekolah??semua itu aku ketepikan
utuk menjaga mereka..emak meninggal di hospital muar depan mata aku..aku
igt lg..abah juga meninggal di depan mata aku di rumah kami..abah
meninggal setelah 2 bulan 28 hari amak meninggal..ini memberi kesan
terhadap hidup aku..
Dan
semasa aku sepatutnya di sekolah bersama kawan2 aku telah menghabiskan
masa ku di rumah..tetapi aku nekad aku akn ke sekolah juga..aku mintak
kat abg untuk meneruskan persekolahan agama ku di sekolah agama kg jawa
dan ketika itu aku masuk darjah 4 (kalau org johor taulah sekolah agama
ni)..semasa di sekolah kawan2 semua bertanya knp aku tak sekolah tgktn
1..lama kelamaan aku mintak kat abg nak sekolah menengah..n syukur dia
bg(masa tu dok ngan abg sekeluarga di kg jawa,segamat)..
Aku
mohon untuk bersekolah semula dan permohonan aku di terima bersekolah
di SEKOLAH MENENGAH DATO BENTARA DALAM SEGAMAT...aku trus ke tingkatan
2..masa tu 2 kh 4..hehehe..lompat terus..aku bersekolah macm
biasa..ramai kawan2 bg support..n mereka menerima aku..
nilah
gambar mak n abah aku..tu yg kecik molek comel tu aku..masa tu agak2
dalam setahun lebih kot..untuk pengetahuan korang mak aku masa ni dah
berusia dalam lingkungan 42 ke 43 sebab tak salah aku dalam surat
beranak dia masa lahirkan aku berumur 42..abah aku lak mmg dah tua masa
ni cucu dia dah berderet..umur dia masa aku lahir 72 tahun..tuakan..tp
masih bertenaga..huhuhu..beza umur mak n abah 30 tahun..beza umur aku
ngan akk n abg aku lak 18 tahun n 20 tahun..korg kira lah sendiri bape
umur akk n abg aku sekarang ni..
aku
rindu sgt mak n abah aku ni..rasanya dah 14 tahun mereka pergi
meninggalkan aku..so kawan2 hargailah kedua ibu bapa korang sementara
mereka msih ada di dunia ini..kalau mereka dah takde ape pon tak boleh
nak buat..sbb doa mereka lah yg membuatkan korang semua berjaya dalam
hidup..sayangilah mereka seperti mana mereka menyanyangi anda..
Rasanya,,,cukup
sampai sini dahulu..jika ade masa da kelapangan aku akan tulis
sambungan kisah ni..ok semua selamat membaca..sekian terima
kasih..kepada yg sudi membaca kisah keluargaku (part 1)
yang ikhlas,
siti zaleha shair.

No comments:
Post a Comment