Friday, June 7, 2013

malam ini

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Selamat Malam Semua Pembaca Blog Aku..

Malam ni kalau tido mmg best..sebab kat kawasan umah aku sekarang ngah hujan...sejuk jek..taklah macam selalu tu panas..dah malam pon masih panas...heheheheheh..
malam ni tak tau nak tulis pasal ape..dan masa ni aku dalam keadaan ngantuk sangat2..hurmhh..tp tangan nak gak menekan keyboard laptop ni..uhuhuhu :)

Nak cite pasal ape ye..hurmhhh..k lah hari ni aku nk cite something yang mungkin dah lama bg korang tapi aku rasa macam baru jek lagi berlaku..peristiwa ni dah 6-7 tahun berlalu..tapi masih segar dalam ingatan aku..cite macam mana aku n hubby boleh bertemu n hingga ke jinjang pelamin n hingga sekarang...hehehhehe

nak tau tak mana aku kenal ngan hubby aku?? citenye macam ni..aku berasal dari segamat, johor..hubby berasal dari gemas,NS..kami kenal di Pusat Latihan Pertahanan Awam kat Jengka,Pahang..jauh kan kami jumpa..kami mewakili cawangan JPAM masing2 untuk kursus melawan kebakaran..kami satu kelas masa kursus..selama 5 hari kami berjumpa..aku mula tegur dia pada hari yang ke 3 aku kat sana..lepas aku tegur kami jadi kawan..masa tu aku ingat lagi gelaran hubby aku "perut" @ "bob".....kelakar nama gelaran dia..hahhahah...sebab badan dia besar sebab tu kwn2 gelar dia perut..

tapi aku tak tau nape masa aku kawan ngan dia aku rasa selesa sangat..dalam hati dah terusik dah..tapi aku takut aku bertepuk sebelah tangan..so aku diamkan jek..rupa2nya masa kat sana dia ada minat sorang budak yang satu cawangan ngan aku..aku igt lg akk tu...so aku senyap jek lah..tak nak kacau..sebelom balik kitorang tukar2 no tel..start balik sampai keesokkannya kami berbalas msg tanpa henti..hehehhe...ntah pape ntah..tp hati rasa bahagia jek..dia tanya aku suka kat dia tak..takkan aku nak jawab..malu lah kan nak jawab..dia pulak terus terang cakap suka kat aku..mcm tak caya baru seminggu jek kenal..aku mula2 tak caya..tapi dia yakin kan aku dia betul2 suka n dah mula sayang aku..aku pon tak tau cakap pe masa tu..rupa2nya aku tak bertepuk sebelah tangan...hehehhehe...tp untuk wat aku lebih percaya aku cabar dia..aku cabar dia masuk meminang aku kalau dia betul2 suka n sayang aku..dia sahut cabaran aku ngan menghantar rombongan meminang..baru aku tau dia betul2 suka n sayang aku..kami kenal tak lama dalam 5 bulan kami dah bertunang n dalam 5 bulan lagi kami dah jd suami isteri..

di hari persandingan kami (sebelah lelaki)


aku semasa di hari persandingan kami (di rumah aku)


Mmg dah ditetapkan jodoh kami..dan Alhamdulillah tahun ni masuk tahun ke 6 perkahwinan kami...aku selalu berdoa agar Allah SWT akan memanjangkan jodoh kami hingga ke akhir hayat kami..setakat hari ini kami masih belum dikurniakan cahaya mata..tapi kami ttp berusaha n kami ttp bersabar atas dugaan ini..mungkin ada dimana2 yang kami belum sempurna dan sebab itu kami belum lagi dikurniakan cahaya mata..tetapi aku tidak akan sesekali mengalah..usaha tangga kejayaan..dan aku sangat bertuah kerana dia "hubby" tak pernah mengungkit tentang anak pada aku..dan dia sangat memahami keadaan kami..aku bersyukur Ya Allah..engkau kurniakan aku suami yang baik,memahami dan bertanggungjawab walau pun kami masih tiada cahaya mata..alhamdulillah..

apa2 pon aku sangat sayang kan dia..semoga ikatan ini akan berterusan hingga ke akhir hayat kami..amin..bagi yang membaca doakan lah kami sekali yek..terima kasih Ya Allah..

sekian selamat malam..aku akan smbung lagi cerita ni di part 2..ok..
terima kasih membaca...doakan kami..

~SS~
Love U All...

Thursday, June 6, 2013

Apa yang anda perlu tahu tentang Clomid

Artikel Kehamilan

Apa itu Clomid
Clomid and Clomiphene Citrate ialah ubat kesuburan yang paling terkenal dan mungkin kerana ia adalah yang paling kerap digunakan. Dianggarkan 30% dari kes infertiliti yang melibatkan masalah dengan ovulasi, menggunakan clomid sebagai rawatan kesuburan.

Clomid adalah berbentuk pil menjadikan ia amat mudah diambil, murah dan berkesan dalam merangsang ovulasi.

Clomid diambil oleh wanita yang sukar hamil terutamanya kepada pesakit yang berkait dengan masalah ovulasi seperti PCOS dan juga kes dimana punca kesukaran untuk hamil tidak diketahui. Di samping itu, Clomid juga digunakan sebagai ubat perangsang untuk prosedur IUI (intrauterine insemination).

Clomid bertindak dengan menggalakan pembentukan dan pertumbuhan folikel dalam ovari dengan harapan telur menjadi matang dan seterusnya akan berlakulah ovulasi.

Bagaimana Clomid diambil

Dos yang paling minima adalah 50 mg sehari diambil selama lima hari berturut-turut iaitu pada hari ke 2 atau 3 sehingga hari ke 6 atau 7 kitaran haid anda. Walau bagaimanapun doktor anda mungkin mempunyai protokol yang berbeza untuk anda kerana reaksi pesakit terhadap Clomid berbeza di antara seorang dengan yang lain.

Jika 50 mg tidak efektif, doktor anda mungkin akan meningkatkan dos clomid pada kitaran haid seterusnya, sehingga dos maksima iaitu 200 mg sehari sekiranya anda masih tidak responsif.

Kesan-kesan sampingan dengan pengambilan Clomid kebanyakan agak ringan iaitu kepanasan, perubahan emosi dan rasa loya. Ia akan hilang dengan segera sebaik sahaja dihentikan pengambilannya. Begitu juga dengan risiko untuk mendapatkan anak kembar tidaklah tinggi iaitu kurang dari 10%.

Terdapat kesan sampingan yang kurang baik iaitu clomid boleh mengurangkan kualiti mukus serviks. Keadaan ini menjadikan ia lebih pekat dan boleh menyukarkan laluan kepada sperma untuk memasuki rahim. Terdapat juga kes di mana ia juga boleh menyebabkan lapisan rahim nipis dan kurang sesuai untuk implantasi. Walau bagaimanapun ia cuma terjadi pada sesetengah wanita sahaja.

Hasil kajian menunjukkan Clomid telah merangsang ovulasi sebanyak 80% daripada pesakit dan dianggarkan 40% daripada wanita yang menggunakan Clomid akan hamil dalam tempoh enam kitaran haid.

Penggunaan Clomid untuk lebih daripada enam kitaran adalah tidak digalakkan. Ini kerana kadar kehamilan yang menurun secara mendadak selepas 4 kitaran.

Kebal terhadap Clomid

Terdapat keadaan di mana pesakit masih tidak mengalami ovulasi walaupun dos yang diambil sudah mencapai takat maksima. Ini menunjukkan badan pesakit tidak bertindak balas terhadap clomid sebagaimana yang sepatutnya. Keadaan sedemikian selalunya terjadi pada pesakit PCOS yang mempunyai tahap hormon DHEAS yang tinggi dan mereka yang kebal terhadap insulin.

Ia juga lebih kerap terjadi pada mereka yang mempunyai BMI (Body Mass Index) lebih daripada 27 dan pesakit yang mengalami hyperprolactinemia.


Rawatan bagi kebal terhadap Clomid

Bagi mereka yang mengalami PCOS, rawatan mengunakan ubat Metformin mungkin akan disarankan. Sebaik-baiknya ubat ini dimakan untuk 3 hingga 6 bulan sebelum cuba mengambil clomid semula. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa selain meningkatkan kadar ovulasi, pengambilan metformin dan Clomid dalam masa yang sama boleh meningkatkan kadar kehamilan dan mengurangkan risiko keguguran.

Jika BMI anda adalah lebih daripada 27, doktor anda mungkin mencadangkan agar anda mengurangkan berat badan sebelum mencuba semula Clomid. Kekurangan 10% daripada berat badan semasa anda boleh meningkatkan keberkesanan Clomid.

Bagi mereka yang mempunyai hyperprolectinemia pula, rawatan dengan Bromocriptine atau Dostinex akan diberikan. Ia boleh diambil sama ada secara bersendirian atau gabungan dengan Clomid bagi membolehkan peningkatan kadar ovulasi.

Bagi pesakit PCOS yang mempunyai tahap DHEAs yang tinggi, doktor mungkin akan menyarankan pengunaan ubat dexamethasone untuk mengurangkan tahap rembesan hormon dan seterusnya menjana pertumbuhan folikel.

Ovarian drilling adalah satu pembedahan yang kerap disarankan kepada mereka yang kebal terhadap Clomid, tetapi rawatan ini selalunya dibuat sebagai jalan terakhir kerana ia  melibatkan risiko komplikasi pembedahan. Jika doktor anda mencadangkan Ovarian drilling (dimana ovari anda akan ditebuk untuk memecahkan cyst) anda dinasihatkan mempersoalkan pilihan itu kerana terdapat pilihan lain yang lebih mudah dan selamat.

Salah satu cara tambahan kepada mereka yang kebal terhadap clomid ialah dengan memberikan ubat pil perancang selama 1 hingga 2 bulan sebelum mencuba clomid semula. Walaupun preskripsi ini agak bertentangan kerana ia mencegah ovulasi dari berlaku, tetapi kajian perubatan telah menunjukkan hasil yang baik iaitu lebih dari 65% daripada wanita kebal Clomid mengalami ovulasi selepas rawatan ini. Ini mungkin disebabkan pil perancang boleh menstabilkan ketidakseimbangan hormon dan seterusnya merangsang kematangan telur.

Rawatan Lain

Jika pilihan-pilihan di atas masih tidak berhasil mematang telur, doktor mungkin mencadangkan anda untuk mencuba ubat-ubatan rangsangan ovari yang lain seperti Letrozole (FEMARA). Kajian perubatan menunjukkan bahawa Letrozole boleh mendorong ovulasi pada sesetengah wanita PCOS yang tidak bertindak balas kepada Clomid.

Walau bagaimanapun Letrozole tidak dipasarkan sebagai ubat kesuburan kerana kesan sampingan masih belum jelas seperti kecacatan terhadap janin jika terambil semasa mengandung. Ia masih lagi dalam peringkat penyelidikan.
Terdapat juga kes yang jarang berlaku di mana semasa pemeriksaan ultrasounds dijalankan ovari menunjukkan tanda folikel matang tetapi ovulasi tidak juga terjadi. Keadaan berlaku  disebabkan rembesan hormon LH  yang tidak cukup tinggi untuk meransang pengeluaran telur. Dalam kes ini, doktor anda mungkin akan memberikan suntikan hCG (yang bertindak sama dengan LH) untuk memecahkan folikel dan menjurus kepada ovulasi.
Pilihan lain untuk merawat kebal terhadap Clomid termasuklah terapi gonadotropin dalam dos rendah dengan atau tanpa rawatan IUI. Ini termasuk ubat-ubatan seperti Gonal-F, Pergonal dan Perugon. Ubat-ubatan ini adalah lebih mahal dan mempunyai lebih banyak kesan sampingan daripada Clomid, tetapi mereka sangat berkesan sebagai rawatan ovulasi apabila Clomid gagal berfungsi.

Wednesday, June 5, 2013

jarak antara kehidupan dan kematian..

Assalammualaikum WBT..Selamat pagi dan salam satu Malaysia...

semlam aku dikejutkan dengan berita kematian seorang pakcik yang boleh dikatakan rapat dengan aku..sebabnya dia menyewa kedai mara kat sebelah tempat aku keje ni..dia buka kedai baiki aircond,peti ais dan mesin basuh..kami selalu lah berborak n pak cik ni mmg baik..selalu gurau2..dia tak sombong n aku tgk pelanggan dia selesa bila datang kedai dia..
dia juga seorang prihatin..tapi tulah bak kata orang org yang baik mmg selalu Allah akan jemput awal..pakcik ni tak setua mana..mgkin dalam 50 lebih (tak tau sebab tak pernah tanya umur dia)...

aku betul2 terkejut semalam sebab aku dah lama cuti keje..so mmg lama tak jumpa dia..pagi semalam dalam hati ade berkata2 lama tak jumpa dia...pastu terbaca lak status dalam fb adik ipar dia yang menyatakan bahawa dia mengucapkan takziah atas pemergian abg ipar..aku plak tertanya2 siapa abg ipar dia..terpikir jugak pak cik tu tapi tak pulak bos aku cakap pape...tak lama pas baca status tu bos aku lak telepon n cakap pak cik dah meninggal malam tadi akibat sesak nafas..

aku n bos terus pegi menziarah..arwah dikebumikan di Felda Pasir Besar so dekat ngan rumah aku..sampai2 jek air mata terus mengalir sebab sedih sangat..lagi tambah sedih bila aku nampak anak dia yang baru darjah 6 tu nangis..teringat aku sewaktu aku kehilangan kedua ibu bapa aku..time tu aku kecik lagi..sama baya ngan anak pak cik tu..pape pon aku ucapkan takziah atas pemergian beliau..dalam hati hanya Allah yg tau kesedihan kita waktu tu..kehilangan org tersayang...

apa yang aku nak bgtau untuk sekian kalinya...kehidupan kita amat2 singkat...bila kita lahir je sebenarnya  kematian dah dekat..bila2 masa dimana2 saja kita akan mati..mati tu lah kehidupan abadi kita sebenarnya..dunia ni hanya sementara..so marilah kita menjadi orang yang baik..jika ada salah dan silap orang lain pada kita..kita tak harus berdendam sebaliknya maafkan saja..sebab kita pon tak tau bape lama kita akn hidup atas muka bumi ini..berubah demi kehidupan disana...

sekian untuk hari ni.. 5/6/2013
~SS~
-love u all-


Tuesday, June 4, 2013

Projek Terbaru aku...

Assalammualaikum WBT... Selamat Malam Semua...

Hari ni penat sgt sebab teman suami g seremban n settlekan hal2 yang berkaitan kemalangan kami..
Pegi Seremban tuk cari lawyer..sebab nak saman org yang langgar kami..apa2 pon aku harap cepat lah selesai hal ni..penat rasanya nak berulang alik ke seremban..
tapi aku nak cite yang aku sedang melakukan projek baru iaitu BUNGA TELUR untuk sepupu aku Azam n Azwin..hehehhehe...dah siap nanti aku tunjuk gambar k..sebab masih dalam proses pembuatan..
selain tu aku gak akan wat paper bag doorgift untuk Azam..dan akhir sekali ialah coklat buatan tangan untuk di beri kepada tetamu..hehehhe..

tunggu ye..bila dah siap aku akan post kan gambar ok..n sape nak tempah boleh lah tempah..hehhehe...

ok semua..tq membaca..selamat malam...

~SS~
-Love u All-

corat coret 31 mei - 2 jun 2013

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..Selamat malam.. 

Lama dah tak update blog ni..yelah busy ngan keje yang tak sudah2..tempat keje kita pekerja..kat rumah kita surirumah tangga..tanggungjawab ni tak boleh kita ambil ringan...tp bukan tu yang nak diceritakan..tapi aku nak cerita pengalaman pahit aku..cerita yang gembira berakhir dengan suatu tragedi yang mungkin sampai bila2 aku takkan lupakan..cerita ini mungkin akan menjadi kenangan paling pahit yang pernah aku lalui bersama suami aku..dan apa yang terjadi membuatkan aku terpikir Allah SWT masih sayang kan kami hambanya.

30 Mei 2013 (Khamis)

Jam 8.00 malam aku,suami aku n mak mentua memulakan perjalanan menaiki kereta Viva NCN 4218 ke Seremban dari Felda Pasir Besar, Gemas.. Jam 10 malam sampai ke destinasi... kami bermalam di rumah abang ipar aku di Nusari Bayu 3,Sendayan,Seremban..

31 Mei 2013 (Jumaat)

Jam 9.30 pagi kami kami pergi ke ASNB yang terletak di jalan Tunku Hassan,di bandar Seremban,,, Tujuan aku ialah nak menuntut sejumlah baki Saham ASNB arwah ayah n mak aku yang telah lama tak dituntut...tp ape yang aku tak suka bila kena cari pesuruhjaya mahkamah untuk mati setem..sebab aku rasa satu bandar seremban aku pusing untuk cari orang yang boleh cop..semua tempat yang aku pegi tak boleh cop..ada pulak yang bercuti..aku rasa ada 6-7 tempat di seremban aku pegi..penat mmg tak terkata lah sebab dah satu bandar aku pusing..tp untuk tak nak pergi berulang kali aku teruskan jugak sebab nanti kalau tak selesai aku kena pegi lagi ke seremban..tak nak aku sebb keje susah nak cuti...ni aku sertakan gambar budak yang ikut kami..siapa lagi kalau bukan Muhammad Iyad Faidy..anak buah suami aku..budak comel..tp bagi gambar belakang dulu nanti baru tunjuk gambar depan..hahahha
duk depan cam orang tua..

Jam 4.00 petang kami bergerak ke Port Dickson..sebab apa aku ke sana ngan suami?? sebab nak jumpa kawan baik aku..Najwati Mohd Taib..dari jb..dia n family g bercuti kt PD 4 hari 3 malam..diorang check in kat Apartment Sri Bulan batu 8..kami pe lagi menyebuk lah sekali..hahhaha...best tempatnye..pandai pilih..ni aku ade bg korang tgk gambar kami kat sana..cantikan ...kan...kan...
ni suami aku..orang yg paling macho dalam hidup aku...

nilah kawan aku tu Najwati Mohd Taib..kawan baik dr sekolah..

aku n dia..

cantik tempat ni..tgk belakang tu..

suasana macam ni best tuk berdating suami isteri jek..
lom kawin takleh..haram!!!


tepat jam 7.15 kitorang gerak balik ke seremban semula n terus ke Kg Panchor, Seremban sebab nak ambik mak mentua yang g rewang kat umah pak cik suami..n malam tu ade malam berinai..sempat lah aku tgk diorang bersanding..sebab ada upacara junjung ikut adat orang Melaka..
nilah pelamin dia..cantik tak??
Ni lah Pengantinye..cantik kan..

pastu balik lah kami ke Nusari bayu untuk berehat,,sebab esok pagi nak ke sini lagi nak rewang..aku plak nak ke semenyih kenduri kawin kawan baik jugak.. Rohayu Ahmad..

1 Jun 2013 (Sabtu)

Jam 9.30 pagi kitorang bergerak menuju ke Taman Desa Mewah, Semenyih.. aku ke sini sebab nak meraikan majlis perkahwinan kawan baik aku Rohayu Ahmad..walau pon majlis dia sederhana tapi meriah tau..cntik ayu..suka aku tgk..comel + bambam..hehehhe.. jam 11pg aku dah sampai..excited nak jumpa kawan lama..hahhaha..

on the way nak ke semenyih..

masih lagi otw ngan dia..

ayu..gelak besar nampak..yelah hati dah senang
dah de orang jaga pasni..

nilah jurumekap ayu..
kawan sekolah kami nama dia farah
n dia juga adalah pelakon yang
baru nak naik nama..heheheh

aku n pengantin..ayu ahmad


kami berempat..aku,suami aku,
suami ayu n ayu..yg kecik tu??
anak bos ayu..


tepat jam 1ptg aku n suami pon beredar..sebab nak g kenduri sepupu suami yang kt kg panchor seremban tu..t marah lak diorang kan..sememangnye ramai lg 1 jun tu wat kenduri tp mmg tak dapat nak datang..maaf semua..pape pon tahniah n selamat pengantin baru kepada kawan aku ni..semoga bahagia hingga ke akhir hayat..hehehhe..tq atas doorgift yang diberi..sedap coklat homemade yang korang wat..hehehe..sedap hingga menjilat jari..jam 2 sampai sudah ke kg Panchor..jalan mmg sesak..yelh hari cuti tambah plak banyak kenduri kawin..mana jalan tak sesak kan..hehehhe..
pas makan kitorang pon balik ke Nusari Bayu...rehatkan badan sebab petang nak g Melaka lak..nak ikut rombongan merisik untuk abang kepada kakak ipar suami aku..hehehhe..orang melaka weh..
otw ke rumah kenduri kg Panchor,s`ban

nilah pengantinye..sepupu suami..cantikkan..

acara memotong kek

otw balik ke rumah..huishh...penat
sebab jem teruk..



Jam 6 petang kitorang gerak ke Sg Udang Melaka ke rumah abang kakak ipar suami..jemput diorang dulu..jam 9 baru gerak ke rumah orang yang nak dirisik di Batu Berendam Melaka... majlis Merisik selesai jam 11 malam..terus balik ke seremban semula..

iyad..hurmhh..mana2 dia ade..hahahha

otw ke Melaka...

ni lah perangai dia kalau ambik gambar..

Pas je selesai majlis merisik,, mak mentua aku terus balik ke pasir besar sebab abg n kakak ipar suami nak balik sana..aku terus ke Nusari Bayu n sampai jam 1 pg..badan mmg penat..1 hari jalan..huishhh...Iyad plak tak nak tido..layan kan ajelah sampai jam 2.30pg..tgk cd barney n friend ulang2 sampai dia pon boring..tak bukak marah..dia tak nak tido ke??huhuhu..penat layan oooo...lain kali jgn wat camni lagi yek iyad..hahhaha..abie dah lama tido tggal umie jek yang masih melayan kerenah..

nilah budaknye Muhammad Iyad Faidy
akhirnye iyad tido..pas penat main2 last2 tanya mana ibu n abah dia..hahhaa..tau pon cr..diorang dah lena dah dalam bilik..tggal aku n iyad jek yg belom tido lagi..iyad panggil aku umie n suami aku abie...hhehhehe..dia mmg manje..jom tido... ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzz......

2 Jun 2013

bangun lambat sebab lambat tido..jam 9 baru bangun..bangun jek rileks jap..pastu g makan kat garden Homes kat seremban 2..huhuhuu...pas makan balik semula n siap2 nak balik ke Felda pasir besar..sebelom tu singgah jap ke pedas,rembau sebab nak menghadiri majlis kahwin lagi..kali ni anak kawan suami pulak..kawan masa keje kat Klinik Kesihatan Pedas..
otw ke pedas,rembau

gambar kami berdua..hehhe

hehehhe...2-3 hari makan kenduri jek..mmg sedap.....

Jam 2 sampai lah ke majlis kahwin anak kawan suami..lepas je makan kami pon gerak balik sebab nak singgah rumah pak lang suami lak nak ambik barang mak mentua..tepat jam 3.30 kami pon bergerak pulang..kami balik ke pasir besar ikut jalan biasa yang suami selalu ikut..jalan kg bukit Miku..sape2 yang duk area rembau,seremban mesti tau pasal jalan2 ni..

mcm biasa dalam kereta aku mmg akan tido..tiba2 suami cakap kepala betulkan t sakit tengkuk..aku betulkan keadaan aku..pastu aku tido balik...tiba2.........
aku terkejut sebab aku rasa kereta aku dah terbabas,aku pandang suami aku... tgk  dia sedang berusaha menyelamatkan keadaan..tapi kereta kami hilang kawalan disebabkan telah dilanggar oleh kereta yang tidak bertanggungjawab..kereta Mercedes tu tiba2 masuk ke jalan kami..suami sedaya upaya elak ketepi tapi kereta tu tetap jugak langgar kete kami..nasib baik sempat elak kalau tak tentu2 kami akan berlanggar secara berdepan..dan mungkin kami lagi teruk..dalam keadaan panik aku sempat beristighfar..dan memohon agar Allah SWT selamatkan kami...kereta yang melanggar kami cuba untuk melarikan diri tetapi nasibnya malang sebab tayar depan kereta Mercedez tu dah terbengkok..hahhaha..padan muka dia sebabkan dia kami terbabas n kereta kami teruk..nasib baik ramai yang membantu..terima kasih semua..kami selamat Alhamdulillah..Allah masih sayang kan kami...aku akan tunjuk kat korang gambar ni..tgklah..

kereta kami yg dah terbabas

keadaan kete kami yg agak parah

ni kereta yang langgar kami

berusaha mengeluarkan barang yang berharga

masih lagi mencari barang yang berharga

towing yang sedang berusaha tarik kereta kami

masih berusaha...
Akhir sekali...kami semua ke balai buat report..report dibuat di balai polis gemencheh..terima kasih kepada pihak polis..India ni kene saman..banyak kot saman dia..rasakan..nak settle luar konon..mana boleh..bg dululah 5k-6k baru boleh settle luar..tp kalau korang nak tau..body kereta mercedez...no plat kereta Myvi pemilik kereta Myvi ade kat kelantan..no pendaftaran pulak no kereta Toyota Vios..ntah pape lah india ni..kecoh..pandai berlakon..

sekian cerita aku..terima ksh pada yg sudi membaca..Alhamdulillah kami selamat..kereta yang teruk..hope korang enjoy cerita ni..ni pengalaman aku sendiri n bukan copy paste..terima kasih Ya Allah...Wassalam...

~SS~
-LOVE U ALL-